Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sana-sini sibuk berbicara mengenai perpaduan. Perpaduan teras kejayaan. Setakat mana benarnya slogan ini? Mungkin untuk hebahan di dunia adalah lakunya, untuk sesedap halwa telinga mendengarnya, tapi sejauh mana ia mampu memberi keuntungan di akhirat nanti.
Islam bukan hanya menekankan dunia, malahan akhirat turut menjadi agenda utama. Kesenangan dunia semata hanyalah sesuai untuk golongan ateis yang tidak mempercayai adanya hari akhirat yang menjadi gelanggang mengadili manusia di atas segala amalannya di dunia.
Perpaduan hanyalah satu cabang daripada Islam, sedangkan Islam itu adalah satu sistem yang lengkap. Jika kita melihat kepada agenda perpaduan, sudah lebih 50 tahun kita merdeka, namun agenda perpaduan yang diuar-uarkan tidak menepati sasaran yang diidamkan. Walaupun kita masih mampu hidup harmoni di Malaysia namun hakikatnya ketebalan benteng di antara kaum-kaum di Malaysia masih sukar untuk dikikis, pantang dicuit pasti meletup.
Rasulullah s.a.w mengambil masa 13 tahun untuk mengukuhkan akidah bangsa Arab Quraisy di Mekah kepada mentauhidkan Allah s.w.t sebelum mengasaskan negara Islam Madinah yang pertama di dunia. Madinah ketika itu juga mempunyai masyarakat pelbagai kaum meliputi Arab (Muhajirin, Aus dan Khadraj), Parsi, Afrika, Yahudi dll.
Walaupun disebalik ancaman Yahudi yang sentiasa memecahbelahkan ketenangan umat Islam di Madinah ketika itu, namun kekuatan Islam tidak mampu dipecah belahkan Yahudi. Kaum Yahudi ini terpaksa mengakui dan bernaung di bawah panji Islam untuk jaminan keselamatan mereka. Sedegil-degil dan sekeras-keras bangsa di dunia pun mampu ditundukkan di bawah kekuasaan Islam, sewajarnya Malaysia yang juga mempunyai masyakat berbilang kaum mungkin boleh mengambil contoh model negara Islam Madinah yang berjaya menyatu padukan masyarakatnya melangkaui sempadan bangsa.
Kunci kejayaannya adalah kekuatan akidah yang benar. Melayu tidak akan mampu menjadi kaum India walau mahir bercakap Tamil, kaum India yang berkulit sedikit gelap tentunya tidak boleh menjadi bangsa Chinese walaupun melakukan pembedahan plastik untuk mencerahkan kulit, secara genetiknya mereka tetap berbangsa India, dan begitulah Chinese tentunya tidak menjadi Melayu walau memakai kain pelekat, bersongkok, memakan nasi dengan tangan dan pandai menulis jawi.
Setiap kaum ada identitinya tersendiri bahkan dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat ayat 13; Allah s.w.t menyatakan “Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Mahateliti”.
Jelas bahawa kemuliaan seseorang manusia adalah kerana ketaqwaannya kepada Allah s.w.t bukan bangsanya. Dengan Islam, Melayu, Chinese, India dan lain-lain kaum di Malaysia boleh bersatu padu. Semua kaum boleh menjadi Islam. Walaupun tidak memeluk Islam, hak-hak mereka tetap dijamin dalam Islam malah Islam lebih awal menjamin hak-hak kemanusiaan berbanding agama-agama dan pemerintahan lain di dunia (check-it).
P/s : sudah masanya kita umat Islam bekerja untuk mengembalikan Islam yang sebenar. 50 tahun adalah masa yang terlalu lama. Jika diberikan 100 tahun pun masih belum cukup. Islam is the only solution.
No comments:
Post a Comment